Wednesday, February 17, 2010

Mak Apan hilang.....please tolong laa

This was in my inbox this morning...

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikitsikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.

Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar floor dept gua. Muka macam ada masalah.
"Lu kenapa ni Apan?” - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem (gua lagi hensem). Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.


Apan berbisik...."Mak gua hilang la..”(dengan nada perlahan)
Gua punyala terperanjat! “Mak lu hilang?, bila hilang?” - dada gua tiba-tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.
"Petang semalam..dah cari merata tak jumpa”.

Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit,mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.

Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke tempat gua. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah,sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.

"Mak gua dah jumpa..” - kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.
Gua cepat cepat bersyukur: “Alhamdulillah...Jumpa kat mana?”,
Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu:
"Dalam sinki penteri.”
Gua terus tendang kompiter sampai bersepah atas lantai.


MUG la Apan..MUG..!!, pronunciation macam jahanam! macam sialll! Sia-sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara. Please tolong laaaa......

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

This made my day..hahahahaha.....!!!!

2 comments:

dieya said...

muahahahaha!!! sangat kelakar ok!

teringat dulu kecik2 (tak laa kecik sangat, time sekolah) i watched this tv program with my aunt.. something about rekacipta (time tu subject rekacipta baru introduce kat sekolah so was a big thing). ada laa satu mamat ni present project sekolah dia, something like meja boleh tukar jadi kerusi, rack etc. but kayu yg dia guna tu quite halus laa setakat budak darjah 3 boleh laa duduk.

yg kelakarnya time dia present he said "meja ini boleh diubahsuai jadi kerusi, malah boleh jadi rak serbaguna.. maka kanak2 boleh letak permainan, alat tulis, MAK dia pun boleh.." my aunt yg tgh tengok tu terus menjerit.. letak MAK? cuba aku duduk kompem ranap! muahahahaha! rupanya sama kes like yours, letak mug, bukan mak. when my aunt realised that she was like.. ish budak ni.. lain kali sebutlaa letak cawan!

knitfreak-to-be said...

tu la pasal, pronounciation punye cite.. kelakar...ni belum yang sebut english words dlm slang negeri..lagi la...